Thursday, March 31, 2016

PENGHIJRAHAN

Assalamualaikum the last time saya update blog em Disember 2015. Siapa sangka sudah empat bulan berlalu macam macam berlaku termasuklah penghijrahan. YA ! PENGHIJRAHAN SAYA :) tiada siapa pun yang sangka termasuk diri saya yang saya akan melakukan ini semua  :
 
  1.  tudung bawal bidang 45 semua saya ketepikan
  2. Solat fardhu saya mula jaga, seawall yang mungkin saya solat kalau sudah masuk waktu.
  3. saya cuma pakai selendang apabila keluar dan cuba sedaya upaya untuk lilit sampai tutup dada
  4. kemudian, saya mula ketepikan seluar jeans saya, yang pastinya Nampak bentuk kaki
  5.  setiap bulan bila masuk gaji saya limitkan RM100 untuk beli tudung bidang 55 buat kali pertama dari  masyarabia scarf
  6. kemudian gaji seterusnya RM100  saya ketepikan buat beli palazzo yang trend sekarang ni labuh dan longgar,
  7. bulan seterusnya saya ketepikan RM100 buat  tunic,beli baju labuh dan besar sedikit yang tidak menampakkan tubuh badan saya
  8. Last but not least, RM100 seterusnya saya ketepikan buat beli handsock dan stoking kaki.
  9. Dan akhirnya, didik diri untuk istiqomah
Sahabatku yang dikasihi, siapa kata aku tak pernah rasa di pandang pelik kerana berpakaian begitu dalam masa kurang dari 5 bulan, tentangan paling hebat yang aku rasa adalah apabila adik beradikku sendiri memerli aku, memperlekehkan aku, sehingga sampai satu saat aku rasa ish takboleh semua ni !! this is not myself ntahnya pakai stoking baju besar besar semua tak pasal pasal kena peril peril  dengan adik beradik TAPIIII TAPI TAPI hidayah ALLAH tu hebat, dalam waktu aku rasa sekelilingku tidak adil pada aku, tengah scroll scroll facebook jumpa la satu gamba ni tak ingat pula dari islam mudah atau pakar diari hati tapi sampai sekarang aku ingat " ujian dan dugaan paling hebat untuk mereka yang berhijrah adalah ahli terdekat'  lantas aku tersenyum dan terdetik dalam hati, iman masih tak kuat baru adik beradik pandang pelik dah lemah ish apela diri sendiri wajib istiqomah !
 
Kemudian ujian yang kedua, bila bercuti dengan keluarga mestila mandi kolam ke pantai dan sebagainya, so ! saya seorang yang sangat suka kan pantai, water theme park , kolam ni kureng sikit sebab majority orang ramai dan sesak kan tapi waktu tu pergi ke gold coast morib tiada siapa pun nak jaga adik kecil saya takkan nak suruh ibu bapa pula turunkan ? jadi saya pun turun mula mula fikir ish mcm mana nak masuk kolam pakai stoking dan baju besar ? bukan ke mandi kolam kene pakai baju tight ? em dah fikir takyah la pakai stoking mandi ni tudung ni pun mcm payah je mcm mana la pakai tudung nak mandi kolam stoking dan sebagainya ? ala bia jela bukan orang tahu pun yang aku dah berhijrah watlek sudah tapi by the time nak jalan ke lif nak turun ke kolam aku malu dengan diri sendiri !! eh mana stoking ? kenapa baju ketat gini ni ? ish masuk balik bilik tukar baju paras lutut, pakai tudung dan stoking. Nampak tak dekat situ aku macam terdetik amenda la bende ni semua menyusahkan tapi fikir balik ish apela cakap macamtu bukan ke islam tu mudah jadi janganla  kita rumitkan, praktikkan semudah mungkin ada je cara tapi kita kene pandai cari la kan .





 Nota terakhir buat readers dan sahabatku, hidayah itu milik ALLAH, hati kita pun ALLAH pegang jadi kita ni sebenanrya tinggal usaha sahaja. ALLAH S.W.T  tunggu tu jommm semua #roadbacktoALLAH, istiqomah selagi mampu contohnya salah satu keindahan yang saya rasa dalam penghijrahan ni kan , bila kita pakai stoking berturut2 dalam 2 minggu lepastu kita takpakai dah satu hari tu,  diri kita rasa lain, rasa amacam naked pulak , kemudian bila pakai tudung labuh tutup data bila suatu hari tu kita silangkan ke ape automatic tangan tu  labuhkan maluuuu la malu :) kemudian, kalau selama ni aku rasa semua bende ni panas nanti berpeluh berlengas ....  bila aku lakukan, tak panas pun, sejuk sahaja  ! NAMPAK TAK ?! ALLAH mudahkan tu hehhe ada la panas ada jugak meleleh peluh tapi ingat - setitik peluh seorang wanita kerana menutup aurat, PAHALA MENANTI DI SYURGA SIAPA TAKNAK OIIII :D sekian . MOGA BERMANFAAT #sayapunnewbiedalamsemuani

No comments:

Post a Comment